c

Latihan Induksi untuk kakitangan Pusat Internet Kg. Pandan

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Latihan untuk Pengurus dan Penolong Pengurus baharu telah dijalankan selama tiga hari pada tarikh 2 Ogos 2019, 3 Ogos 2019 dan 4 Ogos 2019. Latihan yang diadakan bertujuan untuk melatih pekerja baharu tentang tatakerja, tugas serta tanggungjawab dan menjelaskan hal-hal berkenaan dengan Pusat Internet. Latihan pada hari kedua diteruskan pada hari Sabtu (03 Ogos 2019) dan diadakan di Pusat Internet Kg Sibuluh, Bau yang bermula pada 0800 pagi hingga 0500 petang.

Latihan di Pusat Internet Kg. Sibuluh ini bersempena dengan program Hari Terbuka Kg. Sibuluh. Kakitangan Pusat Internet Kg. Pandan diberikan pendedahan, penerangan serta diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam program hari terbuka Pusat Internet Sibuluh, Bau. Pada sebelah petang, latihan diteruskan dengan membincangkan tentang proses pengurusan program, latihan, hari terbuka, laporan dan isu disiplin. Yang turut terlibat dan banyak membantu dalam latihan hari tersebut termasuklah Kakitangan Pusat Internet Kg Krokong, Pusat Internet Kg Sibuluh dan Pusat Internet sekitar Bau yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali